BeritaUcapan

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia.

Tahun 2013 semakin sampai ke penghujungnya dan tahun 2014 bakal menggantikannya. Apa yang telah berlaku sepanjang 2013? Sememangnya banyak, yang buruk jadi tauladan dan pengajaran untuk kita perbaiki dengan lebih baik dan yang baik, Insha-Allah akan digandakan untuk yang lebih baik lagi. Untuk itu, saya memohon maaf kepada semua sekiranya saya ada berbuat salah, ada menyinggung perasaan dan melaksanakan tindakan yang mengguris hati semua atau jika ada yang terlepas pandang. Mohon sokongan dari semua pihak melalui teguran dan aduan untuk penambahbaikan pelaksanaan kerajaan pada tahun 2014 akan datang.

Pada yang meraikan Krismas, selamat Hari Natal dan semoga sambutannya dapat diraikan dalam suasana muhibbah 1Malaysia sebagaimana tahun-tahun lalu. Inilah Malaysia kita, negara kita dan tanah air kita, marilah kita bersama-sama memelihara kesejahteraan dan perpaduan untuk masa hadapan. Sokongan anda semua amat bermakna untuk masa hadapan semua.

Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2014