Pameran Rumah Raksasa dan Dinosaur di Marina Putrajaya

dinasour

Pameran bermula 31 Ogos hingga 28 Februari 2014 bakal memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai pendidikan prasejarah dan saintifik secara interaktif serta animatronik.

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki berkata, melalui pameran itu para pengunjung bukan sahaja dapat mengembara ke zaman prasejarah malah menyedari tentang kepentingan bidang sains dan teknologi.
Pameran itu bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan kadar bayaran tiket RM10 bagi dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak.

Bahan-bahan pameran telah direkacipta di salah sebuah studio terkenal di Amerika Syarikat yang bertanggungjawab dengan pembikinan filem Hollywood, Honey, I Shrunk The Kids.

Artikel disiar pada September 16, 2013 - 10:09 am oleh admin



Leave a Reply