Datuk Seri Tengku Adnan Calon BN Putrajaya PRU-13

K

KUALA LUMPUR – Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan menyaksikan penyandang Putrajaya yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor kekal dengan dikelilingi 12 muka baru.

Pengumuman calon BN ini disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi BN merangkap Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

“BN meletakkan calon terbaik bagi memastikan Wilayah Persekutuan yang dianggap sebagai cermin antarabangsa dengan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan berada di tangan BN,” katanya.

Dengan pengumuman tersebut, beliau mengharapkan agar anggota jentera BN akan memberikan sokongan yang padu dan mantap serta calon yang terpilih meneruskan proses transformasi dengan turun bertemu pengundi, bersifat rendah diri, sentiasa membantu dan memastikan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Dalam majlis ini, calon BN menerima watikah pelantikan dan melafazkan ikrar aku janji dengan tekad untuk kemenangan BN.

Berikut Senarai Penuh Calon Wilayah Persekutuan:

P.114 KEPONG
Datuk Chandrakumanan A/L Arumugam (PPP)

P.115 BATU
Dr. Dominic Lau Hoe Chai (GERAKAN)

P.116 WANGSA MAJU
Datuk Dr. Mohd Shafei Bin Abdullah (UMNO)

P.117 SEGAMBUT
Jayanthi Devi A/P Balaguru (GERAKAN)

P.118 SETIAWANGSA
Datuk Ahmad Fauzi Zahari (UMNO)

P.119 TITIWANGSA
Datuk Johari Bin Abdul Ghani (UMNO)

P.120 BUKIT BINTANG
Frankie Gan Joon Zin (MCA)

P.121 LEMBAH PANTAI
Datuk Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin (UMNO)

P.122 SEPUTEH
Nicole Wong Siaw Ting (MCA)

P.123 CHERAS
Teoh Chee Hooi (MCA)

P.124 BANDAR TUN RAZAK
Tan Kok Eng (MCA)

P.125 PUTRAJAYA
Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (UMNO)

P.126 LABUAN
Rozman Bin Isli (UMNO)

Artikel disiar pada April 16, 2013 - 11:16 am oleh admin



Leave a Reply