Berita

Terima Kasih PM, Rasmikan Persidangan & Sentiasa Prihatin

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa penghargaan dan mengucapkan terima kasih bagi pihak warga UMNO tempatan dan penduduk Putrajaya atas keprihatinan Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap pelbagai masalah khususnya kakitangan awam berkaitan Sistem Saraan Baru (SSB) selain membantu menangani beban hidup melalui BR1M, KR1M, bantuan persekolahan dan lain-lain lagi.

“Kita yakin bahawa hanya parti ini yang akan pastikan bangsa terjaga sebagaimana yang telah dibuktikan sejak sebelum merdeka lagi,” katanya dalam ucapan aluan sempena perasmian mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya pagi tadi (1 September 2012).

Jelasnya, UMNO Bahagian Putrajaya adalah bahagian yang terkecil diantara 191 bahagian UMNO yang mana ia dianggotai oleh ramai penjawat awam yang bekerja di kawasan terbabit justeru ia menjadi mata, telinga kerajaan dalam membantu kekukuhan parti.

“Banyak kekangan-kekangan yang sudah diselesaikan oleh UMNO bahagian termasuklah membesarkan surau, memajukan surau, kewujudan sekolah rendah agama dan sekolah menenangah agama, dan ia amat dihargai apabila diberikan kelulusan dan sokongan penuh dari kerajaan.

“Namun demikian, kami memohon agar menyelesaikan pembinaan monorel dan LRT di Putrajaya kerana difahamkan ia tidak diteruskan berikutan kewangan yang tidak mencukupi,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berterima kasih kepada timbalannya, Datuk Khairuddin Samad yang telah memastikan penyelarasan UMNO bahagian tersebut berlangsung lancar selain persidangan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Putrajaya menjadi realiti.