Berita

Jemputan Berbuka Puasa Beramai-ramai Dalam Maidatul Rahman

PUTRAJAYA – Jemputan berbuka puasa beramai-ramai bersama Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam program Maidatul Rahman Putrajaya.

Pengunjung Putrajaya dan penduduk setempat boleh berbuka puasa bersama-sama beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya setiap hari di Medan Selera, Presint 8.

“Alhamdulillah Ramadan pertama hari ini dapat kita sempurnakan.

“Saya berterima kasih pada yang bersama-sama berbuka puasa tadi.”

Maidatul Rahman adalah acara tahunan yang sudah menjadi kebiasaan bagi warga Putrajaya untuk bersama-sama mengimarahkan Ramadan selain mengeratkan silaturrahim dalam Islam dan meningkatkan ibadah khususnya dalam bersedekah serta berkongsi rezeki yang ada.

IMG-20180517-WA0038

20180517_225505

20180517_225631