Perutusan SUA Menjelang Hari Pengundian

IMG-20180428-WA0009

Seperti yang kita semua sedia maklum, tarikh pembuangan undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini adalah 9 mei 2018 iaitu Rabu ini.

Saya percaya rakyat Malaysia secara keseluruhannya mampu menilai kebolehan Barisan Nasional dalam mentadbir negara tercinta ini sejak mengecapi kemerdekaan lagi. Barisan Nasional akan sentiasa meneruskan perjuangan dalam membela rakyat dan prihatin terhadap keperluan setiap golongan masyarakat walaupun berlainan bangsa dan agama.

Sebagai panduan, manifesto Barisan Nasional adalah satu dokumen yang menawarkan janji-janji yang realistik serta boleh dicapai. Ianya merupakan panduan serta dorongan bagi memastikan Malaysia berada di landasan yang benar kearah negara berpendapatan tinggi. Perkara ini termaktub di dalam 14 teras utama yang merangkumi seluruh masyarakat tanpa mengabaikan sesiapa pun.

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sentiasa bekerja keras untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat dan ini membuktikan bahawa masih ramai lagi yang percaya dengan kepimpinan Barisan Nasional dalam membentuk sebuah kerajaan yang dinamik dan bertanggungjawab.

Sehubungan dengan itu, pada 8 Mei 2018, saya menyeru agar setiap PDM untuk : –

. Mengadakan Solat Hajat selepas selesai Solat Maghrib dan diikuti dengan Solat Isyak.

. Pada malam itu juga, Pengerusi-Pengerusi Barisan Nasional Negeri akan menyampaikan ucapan mereka untuk meneruskan semangat berjuang pada jam 9 malam dan seterusnya diikuti dengan siaran langsung pesanan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Pengerusi Barisan Nasional pada jam 10 malam.
Saya berharap agar ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional dan rakyat Malaysia untuk mengikuti siaran langsung ini melalui saluran TV3.

Dalam kita menghadapi pilihan raya ini, kita seharusnya melaksanakan kempen mengikut lunas-lunas yang telah ditentukan oleh SPR dan pihak berkuasa tempatan meskipun berbeza pendapat dan pandangan politik.

Marilah bersama-sama berkempen secara matang dan elakkan dari berlakunya kekecohan demi menjunjung semangat demokrasi di negara ini.

BARISAN NASIONAL, DAHULUKAN RAKYAT
TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

Artikel disiar pada May 8, 2018 - 9:30 pm oleh admin



Leave a Reply