UMNO Putrajaya Zahir Keprihatinan, Kongsi Permasalahan Masyarakat

26230144_259961251205794_6729727468641774104_n

PUTRAJAYA – Permasalahan masyarakat setempat sentiasa menjadi keutamaan kepada UMNO Bahagian Putrajaya khususnya kepada mereka yang ditimpa musibah, keuzuran dan kerumitan dengan bantuan dan sokongan moral yang dilakukan.

Kesejahteraan masyarakat menjadi antara faktor utama bagi ‘ketua kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya melalui gerakan Biro Kebajikan bagi melaksanakan amanah mendekati rakyat.

Hal tersebut dilakukan oleh Biro Kebajikan UMNO Putrajaya yang diketuai Pengerusinya, Puan Husna Abd Rahaman bersama para AJKnya dengan melakukan lawatan ke rumah pesakit-pesakit di sekitar Putrajaya.

Kunjungan anggota Biro Kebajikan ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan tanda keprihatin tetapi juga memberikan sokongan moral kepada mereka agar terus bersemangat untuk melawan kesakitan dan bangkit kembali untuk meneruskan kehidupan. Semoga sokongan dan sumbangan yang diberikan akan dapat meringankan beban yang ditanggung.

26167000_259961194539133_4859676488471970394_n

26167430_259961587872427_69189070518758443_n

26168505_259961284539124_1375995477857237421_n

26196188_259961474539105_6366844545530329959_n

26230045_259961341205785_1624631738118235571_n

26230075_259961364539116_7833824111208487553_n

Artikel disiar pada January 4, 2018 - 11:34 am oleh admin



Leave a Reply