Selamat Tahun Baru 2018, Semoga Putrajaya Kekal Cemerlang

IMG-20171227-WA0039

PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2018 kepada para penduduk setempat dan orang ramai dengan harapan agar tahun baru ini akan dapat terus mengekalkan Putrajaya cemerlang bersama-sama.

Katanya, kedatangan tahun baru 2018 perlulah diraikan dengan keazaman bagi meneruskan perpaduan dan kesejahteraan yang tentunya akan dapat meningkatkan kecemerlangan Putrajaya secara keseluruhan.

“Kunci kesejahteraan adalah permuafakatan yang erat dalam masyarakat maka, saya berharap dalam tahun 2018, kita akan dapat terus meningkatkan persefahaman dan saling bertolak-ansur demi keutuhan bersama,” katanya.

Artikel disiar pada December 31, 2017 - 7:58 pm oleh admin



Leave a Reply