Berita

Salam Maulidur Rasul, Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.

Beliau juga mengajak semua warga tempatan untuk menghayati tema Maulidur Rasul tahun ini, ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’ dengan menerapkan perpaduan dalam masyarakat.

“Perpaduan itu sangat penting untuk dihayati dan kemudian diterjemahkan dalam bentuk kebersamaan dengan membina asas dalam institusi kekeluargaan dalam masyarakat,” katanya.