Berita

PM Rasmikan Surau Mahmoodiah, Antara Paling Selesa Dan Indah

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Surau Mahmoodiah, Presint 18 di sini, hari ini dengan rasa kagum terhadap keindahan reka ciptanya malah menyifatkan ia sebagai antara surau paling selesa dan indah pernah dikunjunginya.

Surau Mahmoodiah mula dibina pada April 2015 dengan kos sebanyak RM4 juta sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp), surau itu digunakan untuk solat Jumaat buat kali pertamanya pada 26 Mei lepas.

Terletak bersebelahan Sekolah Rendah Agama Mahmoodiah, surau itu dilengkapi dewan solat utama, pejabat pentadbiran, bilik pengurusan jenazah, dewan serbaguna, kuarter imam dan bilal serta tempat wudhu lelaki dan perempuan yang boleh memuatkan 1,200 jemaah pada satu-satu masa.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Najib telah menerangkan berkaitan pencapaian negara yang
menjadikan Malaysia antara negara yang merekodkan pertumbuhan ekonomi yang tertinggi di dunia pada tahun ini.

Beliau berkata pencapaian itu selaras dengan tuntutan Islam iaitu dengan sentiasa meletakkan sasaran terbaik dan tertinggi di dalam semua urusan yang dilaksanakan.

“Sebagai umat Islam, kita kena tetapkan tahap kecemerlangan yang perlu dicapai sekali gus menjadikan apa yang kita buat ada sasaran seperti terbaik, tertinggi, yang kedua-duanya membawa makna cemerlang,” katanya.

Turut bersama mengiringi beliau ialah Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

IMG-20171117-WA0009

IMG-20171117-WA0012

IMG-20171117-WA0019

IMG-20171117-WA0021

IMG-20171117-WA0022

IMG-20171117-WA0023

IMG-20171117-WA0025

IMG-20171117-WA0027

IMG-20171117-WA0031

IMG-20171117-WA0033

IMG-20171117-WA0034