Sumbangan Prihatin Bantu Ringankan Beban Pesakit, Kongsi Permasalahan

23031346_1510546292313981_1813689058342119348_n

PUTRAJAYA – Pemimpin tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya meneruskan usaha menjejaki mereka yang ditimpa musibah dan kurang bernasib baik melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya.

Pengerusinya, Puan Husna Abd Rahaman bersama para AJK Biro Kebajikan UMNO Putrajaya telah bertindak turun padang dan berkunjung menziarahi mereka yang ditimpa keuzuran sehingga menjejaskan aktiviti harian sebelum ini.

Dalam kunjungan tersebut yang dilakukan kepada pesakit-pesakit di rumah sekitar Presint 9, Presint 11 dan Presint 15, beliau telah memberikan sokongan moral kepada para pesakit selain menyampaikan sumbangan bagi pihak Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Semoga dengan sumbangan dan sokongan yang diberikan akan dapat memberikan semangat dan membantu meringankan beban yang ditanggung.

22853385_1510546428980634_2879819554967563005_n

23031496_1510546318980645_899311339759190267_n

23132012_1510546465647297_8363817751260914804_n

Artikel disiar pada November 2, 2017 - 10:40 am oleh admin



Leave a Reply