Berita

Festival Grazrootz Skatefest Tarikan Golongan Muda ke Putrajaya

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah merasmikan Festival Grazrootz Skatefest yang diadakan di Anjung Floria, Presint 4, di sini hari ini.

Festival anjuran Persatuan Pembangunan Kemajuan Skateboard Malaysia yang menghimpunkan 516 peserta itu turut mencipta sejarah apabila disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai perjumpaan paling besar peluncur papan selaju pernah dianjurkan.

Tengku Adnan yang juga ketua UMNO Bahagian Putrajaya melahirkan penghargaan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus merealisasikan festival ini.

“Festival ini adalah antara tarikan kepada golongan muda untuk turut serta dalam aktiviti sedemikian,” katanya.

IMG-20170923-WA0041

IMG-20170923-WA0048

IMG-20170923-WA0047

IMG-20170923-WA0055