Berita

Ketua Kampung Rasmikan Pekan Sehari Untuk Rakyat

PUTRAJAYA – Pemimpin tempatan yang lebih selesa dipanggil ‘Ketua Kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Menteri Wilayah Persekutuan telah turun padang untuk merasmikan Pekan Sehari bagi memastikan keselesaan masyarakat setempat mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya warga Putrajaya lebih mudah untuk mendapatkan barangan keperluan dengan berkunjung ke Pekan Sehari Presint 11 di Pusat Kejiranan P11 setiap hari Ahad bermula jam 8.30 hingga 5.00 petang.

Di Pekan Sehari terdapat lebih 70 gerai pelbagai barangan termasuklah menjual sayur dan buah-buahan.

Lebih menarik apabila pemegang Kad Ceria juga boleh mendapat diskaun belian daripada semua gerai jualan.

Marilah semarakkan sokongan untuk Pekan Sehari Presint 11.

IMG-20170910-WA0046

IMG-20170910-WA0055

IMG-20170910-WA0051

IMG-20170910-WA0042