Berita

135 Ekor Lembu Dikorbankan Dalam Hari Raya Aidiladha Putrajaya

PUTRAJAYA – Sebanyak 135 ekor lembu dikorbankan dalam Program Hari Keluarga Aidiladha Peringkat Parlimen Putrajaya hari ini.

Program ibadah korban yang dibuat dalam kenduri rakyat ini menjadi acara rutin bagi warga Putrajaya yang turut disertai ‘ketua kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.

“Saya bersyukur kerana program korban di sini bukan sahaja dibuat sebagai satu ibadah tetapi juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam keluarga besar masyarakat di sini,” ujarnya.

Jelas beliau, pelaksanaan ibadah korban secara bergotong-royong sudah menjadi satu kebiasaan saban tahun bagi warga Putrajaya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, penduduk Putrajaya khususnya mereka yang telah bertungkus-lumus memastikan program ibadah korban ini dapat dilaksanakan dengan lancar,” kata beliau lagi.

IMG-20170901-WA0047IMG-20170901-WA0039
IMG-20170901-WA0029
IMG-20170901-WA0018