Rencana

Sumbangan Prihatin Untuk Mangsa Kebakaran

PUTRAJAYA – ‘Katua Kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya telah menghulurkan bantuan ke atas mangsa kebakaran di Block 4C Presint 9.

Sumbangan telah disampaikan melalui Pengerusi Biro Kebajikan, Puan Husna Rahaman bersama-sama AJK Biro kebajikan semasa lawatan ke rumah mangsa.

Alhamdulillah tiada kecederaan terhadap keluarga mangsa semuanya selamat dan keadaan kebakaran dapat dikawal oleh pihak bomba Putrajaya.

21078590_208754732993113_6079027719688555014_n