Aktiviti & Komuniti

Program Bacaan Surah Yasin Dan Solat Hajat Perdana UPSR 2017

PUTRAJAYA – Ke arah pencapaian keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang bakal ditempuh oleh para pelajar darjah enam, usaha dilakukan bukan hanya dengan mengadakan pelbagai gerak kerja dalam pembelajaran tetapi juga mengadakan program bacaan surah Yasin dan Solat Hajat.

Program bacaan surah Yasin Dan Solat Hajat Perdana UPSR 2017 ini telah berlangsung di SK Putrajaya Prest.9(2) sebagai usaha bagi menambah keberkatan dan mendapat keredhaan Ilahi atas segala pembelajaran yang dilakukan untuk keputusan akan datang.

Semoga anak-anak yang bakal menempuh peperiksaan UPSR mendapat kejayaan yang cemerlang.

20953283_1123693777761375_5220714469641024328_n

21032360_1123693834428036_4020695627842235278_n