Tengku Adnan Iringi PM Untuk Larian Obor KL2017

image

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai Larian Obor KL 2017 bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean kesembilan.

Perdana Menteri menyempurnakan larian beliau bermula dari pekarangan KLCC ke Menara Naza di Persiaran KLCC.

Larian bermula kira-kira jam 9 pagi sebaik perdana menteri menerima obor daripada ketua pegawai eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin di pekarangan menara kembar Petronas KLCC.

Obor kemudian dibawa melalui pekarangan Hotel Traders di mana ia kemudian diserahkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebelum kedua-duanya menyambung larian ke Menara Naza.

Larian itu turut diiringi lebih 200 pelari.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

IMG-20170806-WA0010

IMG-20170806-WA0017

IMG-20170806-WA0024

IMG-20170806-WA0028

Artikel disiar pada August 6, 2017 - 4:03 pm oleh admin



Leave a Reply