Rencana

Program Ziarah Subuh Kunjungi Surau-surau Putrajaya

PUTRAJAYA – Program Ziarah Subuh Surau-surau Putrajaya telah dilangsungkan di Surau Al – Kauthar, P18 R13, Presint 18 PADA 6 Ogos 2017.

Program anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya itu, telah
dihadiri oleh YBhg Datuk Haji Nordin bin Hassan, Pengerusi MPP Sub Zon Putrajaya.

Turut serta ketua-ketua MPP Sub Zon dan masyarakat setempat. Program yang penuh dengan barakah itu dimulakan dengan qiyamullail, solat sunat taubah, tasbih, witir dan disusuli dengan solat subuh berjemaah.

Kuliah Subuh bertajuk ‘Menjangkau Umur 40 an’ telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Hashrul Nizam bin Abd Haniff. Program tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Penceramah.

20620924_1393504577370747_3964168692448146315_n

20621278_1393504744037397_4353520610537287242_n