Berita

Kad Ceria Beri Peluang Warga Putrajaya Nikmati Pelbagai Keistimewaan

PUTRAJAYA – Majlis Penyampaian Kad Ceria dan Taklimat kepada Ketua-ketua PDM 4 Zon Komuniti Putrajaya adalah antara bukti kesungguhan kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan bagi memastikan rakyat mendapat pelbagai keistimewaan khususnya dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi.

Sesi taklimat telah disempurnakan oleh SUSK Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rahimi Rejab yang memaklumkan bahawa pelikik kad Ceria tersebut akan mendapat keistimewaan termasuklah pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Senator Datuk Seri Khairudin Samad selaku perasmi dan juga menyampaikan Kad Ceria kepada Ketua-ketua PDM.
Sebarang maklumat dan info lanjut berkaitan Kad Ceria boleh didapati dalam laman webnya, kadceria.kwp.gov.my.

20479555_1434321996603078_9124387858534441638_n

20525403_1434322193269725_7713379945192549442_n

20526283_1434322309936380_4313798048625531129_n

20604503_1434321453269799_5190303728639045067_n