Salam Aidilfitri, Meriahkan Syawal Dengan Silaturrahim, Maaf Zahir Batin

STORY -UP

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan berharap agar kemeriahan Syawal ini diaplikasi sebagai ruang saling bermaafan dan mengeratkan silaturrahim.

“Alhamdulillah, setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa maka tibalah masanya untuk kita meraikan hari raya dan saling mengeratkan silaturrahim dengan penuh keikhlasan,” katanya.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut memohon maaf kepada semua pihak sekiranya terdapat salah dan silap.

“Saya dan keluarga memohon maaf zahir dan batin sekiranya ada berbuat kesilapan atau ada membuat mana-mana pihak terasa, ampun segala salah dan silap kami,” katanya.

Beliau turut berpesan kepada orang ramai yang akan pulang ke kampong agar berhati-hati di jalan raya dan memastikan keselamatan tempat kediaman sebelum ditinggalkan.

STORY -UP

Artikel disiar pada June 24, 2017 - 8:10 pm oleh admin



Leave a Reply