Berita

Program Jom Isi Minyak Percuma Bantu Ringankan Beban Hidup Rakyat

PUTRAJAYA – Inisiatif bagi membantu meringankan beban kehidupan rakyat dilaksana dengan mensasarkan mereka yang menggunakan motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah untuk mengisi minyak secara percuma menerusi sebagaimana yang dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya.

Program Jom Isi Minyak Percuma yang telah dilaksanakan sebanyak dua kali sebelum ini diteruskan di Petronas Presint 11 melibatkan 200 biji motor.

“Ini adalah kali ketiga program ini dilaksanakan dan kami menerima maklumbalas rata-rata anak muda gembira dengan program ini,” kata ketuanya, Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim.

Program yang berlangsung pada 14 Mac 2017 ini berlangsung lancer bermula pukul 5.30 petang hingga 7.00 malam.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata memaklumkan bahawa program ini akan dilaksanakan pada setiap minggu kedua dan ketiga yang bertujuan meringankan beban kewangan di kalangan penduduk, khasnya generasi muda.

New Picture (1)

New Picture (2)

New Picture (3)

New Picture (4)

New Picture (5)