Berita

Ketua Kampung Mahu Muafakat Bersama Untuk Keluarga Besar Putrajaya

PUTRAJAYA – Kemeriahan sambutan hari lahir yang sememangnya sudah tidak asing bagi warga Putrajaya berterusan apabila ‘ketua kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerajui majlis tersebut dengan santai dan ceria.

Dalam majlis sambutan hari jadi pengundi Presint Fasa 5 & 6, Rumah Teres Presint 9 dan Putra Harmoni yang berlangsung pada 14 Mac 2017, para penduduk tempatan terasa amat dekat dengan pemimpin lantaran kemesraan dan keserasian antara beliau dengan penduduk setempat.

“Kita perlu kekalkan keamanan dan kesejahteraan yang kuncinya terletak pada perpaduan antara kita. Kerana itu, kita boleh terus kukuhkan perpaduan apabila kita saling mengenali, saling bantu membantu dan dapat mencari apa-apa jalan penyelesaian secara mudah untuk kepentingan bersama,” katanya.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengadakan sesi dialog bagi mendengar sendiri permasalahan rakyat setempat dan mencari alternatif bagi menyelesaikannya.

“Keselesaan dan kesejahteraan rakyat adalah yang utama, kerana itu, kerajaan sentiasa berusaha ke arah yang terbaik untuk kemajuan bersama dan saya adalah wakil penduduk setempat yang akan sentiasa membela nasib rakyat,” tambahnya lagi yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.

Turut bersama-sama beliau meraikan masyarakat setempat ialah isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

IMG-20170314-WA0035

IMG-20170314-WA0038

IMG-20170314-WA0039

IMG-20170314-WA0040

IMG-20170314-WA0043

IMG-20170314-WA0045

IMG-20170314-WA0048

IMG-20170314-WA0049

IMG-20170314-WA0050

IMG-20170314-WA0051