Berita

Konvoi Berbasikal Wanita Diiktiraf MBOR, Penyertaan Wanita Teramai

PUTRAJAYA – Program Konvoi Berbasikal Wanita 2017 mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai acara kayuhan dengan penyertaan wanita teramai.

Acara sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini disertai 11,412 peserta daripada pelbagai bangsa dan peringkat usia.

Majlis penyerahan sijil oleh wakil MBOR kepada isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki selaku Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu, penganjur utama acara itu disaksikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Program yang turut disertai barisan artis seperti Janna Nick, Vanidah Imran, Sharifah Haslinda dan Linda Onn itu berjaya memperbaharui rekod lama MBOR sebelum ini iaitu 3,000 penyertaan.

Terdahulu, Mas Ermieyati dalam ucapannya berkata konvoi dengan cogan kata ‘inilah kuasa wanita’ benar-benar menterjemah keupayaan kaum itu apabila tampil menyahut cabaran mengayuh basikal sejauh 10 hingga 25 kilometer, dalam acara yang biasanya didominasi kaum lelaki.

Komitmen untuk berkumpul bersama pelbagai kaum, latar belakang dan fahaman politik jelas menunjukkan kebersamaan dan kuasa wanita apabila keupayaan mereka ditagih, katanya. – Bernama

FB_IMG_1489242232153

FB_IMG_1489242240006

FB_IMG_1489242286831

FB_IMG_1489242291618

FB_IMG_1489242253094