Berita

UMNO Putrajaya Terus Prihatin Kesejahteraan Warganya

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya merealitikan hasrat kerajaan yang mahukan rakyat sentiasa didampingi dengan gerakan turun padang dan menyelami permasalahan dengan memastikan kesejahteraan keseluruhan.

Seleras dengan itu lawatan prihatin telah dilakukan oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya iaitu Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki kepada pesakit di Hospital Putrajaya dan Institut Kanser Negara.

Dalam kunjungan ini beliau berkongsi rasa duka dengan mendengar sendiri suara hati mereka selain memberi sokongan agar tabah dan kuat berdepan dugaan.

Sehari sebelum itu, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Putrajaya, Puan Husna Abd Rahaman bersama AJK Biro Kebajikan bahagian tersebut telah menyampaikan sumbangan bagi pihak YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada mereka yang uzur dan kurang sihat.

Bukan itu sahaja, AJK Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya turut menziarah dan memberi sumbangan kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Tahniah diucapkan kepada mereka disamping terus sama-sama menyokong hal-hal kebajikan rakyat.

FB_IMG_1487340383768

FB_IMG_1487340540853

FB_IMG_1487340536804

FB_IMG_1487340474161

FB_IMG_1487340481490

FB_IMG_1487340508494

FB_IMG_1487340500684

FB_IMG_1487340496801