Berita

Salam Maulidur Rasul, Hayati Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru warga tempatan untuk bersama-sama menghayati tema Maulidur Rasul dalam memanfaatkan kehidupan seharian.

Tema Maulidur Rasul ialah Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah yang tentunya akan dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian.