Berita

Kejayaan Putrajaya Community Ride Bukti Kesatuan Masyarakat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan penghargaan kepada orang ramai khususnya mereka yang terlibat dalam menjayakan Putrajaya Community Ride sepanjang tahun 2016.

“Terima kasih pada semua yang telah menjayakannya dan sentiasa memberikan sokongan. Teruskanlah bersama kerajaan dan menyokong usaha-usaha untuk rakyat keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat pelepasan untuk Putrajaya Community Ride ke-3 yang merupakan penutup untuk tahun 2016 di SK Putrajaya Presint 18(2).

Katanya, kejayaan program ini adalah hasil sokongan semua pihak yang membuktikan kesatuan dalam komuniti setempat.

FB_IMG_1481385266813

IMG-20161210-WA0002

IMG-20161210-WA0001