Berita

Selamat Maju Jaya Untuk Peperiksaan PT3, SPM Dan STPM

PUTRAJAYA – Semua peringkat usia dan dalam apa-apa keadaan, warga tempatan tidak pernah diabaikan termasuklah golongan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan peringkat menengah melibatkan PT3, SPM dan STPM.

Melalui program Penyampaian Alat Tulis PT3, SPM , STPM dan Majlis Penyerahan Sijil Program Tahsin Iqra untuk sekolah-sekolah sekitar Putrajaya, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyatakan sokongannya kepada para pelajar terlibat.

“Peperiksaan adalah langkah awal untuk mencipta kejayaan masa hadapan dan semoga dengan pemberian alat tulis tersebut, anak-anak Putrajaya lebih yakin dan bersedia,” katanya.

Majlis tersebut telah berlangsung lancar di Dewan Al-Fathoni, Masjid Sultan Mirzan, Presint 3, hari ini.

IMG-20161006-WA0044

IMG-20161006-WA0025

IMG-20161006-WA0021

IMG-20161006-WA0020

IMG-20161006-WA0024