Berita

Semai Semangat Cintakan Negara Untuk Masa Hadapan

PUTRAJAYA – Generasi muda perlu diterapkan dengan semangat patriotik dan cintakan tanah air sejak dari bangku sekolah bagi memastikan mereka memahami aspirasi sebenar kemerdekaan dan kedaulatan.

Selaras dengan itu Pertandingan Menghias dan Persembahan Kelas sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2016 telah diadakan sejak 24 Ogos lalu.

Majlis penutupan pertandingan menghias dan persembahan kelas bersempena bulan kemerdekaan sekolah-sekolah Putrajaya 2016 ini telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Anak-anak yang kreatif dan mempunyai inovasi yang tinggi inilah yang akan jadi pewaris negara pada masa akan datang,” katanya.

Acara tersebut berlangsung meriah di SMK Putrajaya Presint 9 (2).

FB_IMG_1475146188168

FB_IMG_1475146177948

FB_IMG_1475146172408

FB_IMG_1475146167174