Berita

Salam Aidiladha, Selami Pengorbanan Demi Kesejahteraan Ummah

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk Putrajaya.

Beliau meminta masyarakat tempatan untuk menghayati konsep pengorbanan yang bukan sahaja sebahagian daripada ibadah tetapi juga sebahagian daripada cara hidup untuk kesejahteraan.

“Pengorbanan adalah perjuangan yang harus bermula dari diri sendiri untuk dimanfaatkan dalam keluarga seterusnya untuk masyarakat keseluruhan,” katanya.