Berita

Konvoi Amal Merdeka 1Wilayah Persekutuan Bermula Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Seramai 150 peserta yang terdiri daripada anak muda tempatan dan Wilayah Persekutuan akan berkampung selama tiga hari di Kampung Batu Tiga Segari, Lumut, Perak bagi program amal bakti kepada masyarakat.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melepaskan Konvoi Amal Merdeka 1Wilayah Persekutuan itu sempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Masjid Putra di sini hari ini.

Program ini diilhamkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang antara lain bertujuan melahirkan belia kreatif dan inovatif dalam melaksanakan program amal bakti dan ibadah kepada masyarakat.

Program dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Putrajaya itu juga bermatlamat memberi peluang kepada anak muda Wilayah Persekutuan berdamping dengan komuniti luar bandar menerusi pelbagai program berbentuk kemasyarakatan yang diatur.

Antara program yang akan diadakan ialah gotong-royong, kempen bersih pantai, forum perdana, program santai belia dan ramah mesra bersama penduduk kampung, demikian menurut kenyataan itu.

IMG-20160819-WA0021

IMG-20160819-WA0022

IMG-20160819-WA0023

IMG-20160819-WA0024

IMG-20160819-WA0025

IMG-20160819-WA0028

IMG-20160819-WA0029

IMG-20160819-WA0030

IMG-20160819-WA0031