Berita

Raja Permaisuri Agong Rasmi Floria Diraja Putrajaya 2016

PUTRAJAYA, 26 Mei – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyempurnakan majlis perasmian Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2016 di Pesisiran Tasik, Presint 4 di sini.

Baginda turut berangkat melawat kawasan pameran termasuk taman-taman pameran yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Tourism Malaysia.

Turut hadir ke majlis tersebut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden PPj Datuk Seri Hasim Ismail.

Festival tahun ini merekodkan 21 pereka bentuk dan penyusun bunga antarabangsa dari 11 negara yang menampilkan kreativiti masing-masing serta lima pereka bentuk taman tempatan di bawah Institut Landskap Arkitek Malaysia.

Festival bunga kali kesembilan itu memperlihatkan tarikan terbaharu iaitu Hutan Mistik, Taman Bunga Kekwa, Dunia Ikan Duyung, Laman Manisan, Bonsai, Taman Kucing dan bengkel terrarium (seni menanam tumbuhan kecil dalam bekas kaca).

Floria Diraja Putrajaya akan dibuka kepada lawatan umum mulai esok hingga 4 Jun dari 9 pagi hingga 10.30 malam Isnin hingga Khamis dan dari 9 pagi hingga 12 tengah malam Jumaat hingga Ahad.

IMG-20160526-WA0110

IMG-20160526-WA0114

IMG-20160526-WA0116

IMG-20160526-WA0118

IMG-20160526-WA0119

IMG-20160526-WA0120

IMG-20160526-WA0121

IMG-20160526-WA0128

IMG-20160526-WA0129

IMG-20160526-WA0130

IMG-20160526-WA0132

IMG-20160526-WA0133