Berita

‘Kayuhan Cinta Malaysia’ Perkukuh Perpaduan Rakyat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak semua masyarakat tempatan untuk terus menanamkan rasa cinta kepada tanah air dan menghargai kesejahteraan yang dikecapi.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan kira-kira 2,000 peserta Kayuhan Cinta Malaysia, di hadapan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, hari ini, 23 Januari 2016.

Program anjuran Biro Tatanegara ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat setempat dengan bersama-sama berbasikal.

Turut sama hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki bersama-sama para AJK UMNO Bahagian Putrajaya.

IMG-20160123-WA0011

IMG-20160123-WA0009

IMG-20160123-WA0004

IMG-20160123-WA0001

IMG-20160123-WA0000