Berita

Biro Kebajikan UMNO Terus Prihatin Untuk Kesejahteraan Semua

PUTRAJAYA – Kesejahteraan dan keselesaan warga tempatan menjadi keutamaan bagi UMNO Putrajaya sebagaimana lawatan Biro Kebajikannya yang berkunjung menziarahi mereka yang uzur dan dilanda kesusahan.

Antaranya, Ahli Jawatankuasa biro terbabit telah mengadakan lawatan ke Hospital Putrajaya pada 20 Januari 2016 untuk menziarahu pesakit bernama Siti Azza Nurshiffa dari Cawangan Matahari yang dilaporkan terlibat dalam kes langgar lari baru-baru ini

Pesakit kedua ialah adik Muhammad Dani Muhammad Izwan yang mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru selai turut melawat adik Aqil Syahmi Mohamad Syukri yang diserang asma.

Dalam masa yang sama AJK biro terbabit turut turun padang dengan berkunjung ke rumah warga tempatan yang uzur iaitu di Presint 14, Aminuddin Shah Ahmad yang telah menjalani rawatan di hospital baru-baru ini.

Turut diziarahi ialah adik Amir Farhan Mohd Ridzuan dari Presint 14 yang cedera pergelangan tangan selain lawatan ke Presint 18 iaitu adik Muhammad Akid Harraz Hafizul yang mendapat jangkitan kuman selain Suriati Kamaludin dari Fasa 18R8 yang baru saja melahirkan anak.

Bukan itu sahaja, Presint 9 juga turut diziarah dengan adik Nur Eiman Khadeeja Ikawandi dan adik Nur Eiman Khaleeda binti Ikawandi di kunjungi yang dilaporkan demam denggi.

Tidak lupa juga diziarahi ialah En. Ridzuan Megat Ahmad iaitu polis trafik yang tinggal di Fasa 8 Presint 9 selepas terlibat dalam kemalangan. Semoga mereka yang dilanda keuzuran segera sembuh dan dapat kembali menjalani rutin harian.

IMG-20160121-WA0005

IMG-20160121-WA0004

IMG-20160121-WA0003

IMG-20160121-WA0002

IMG-20160121-WA0000

IMG-20160121-WA0006