Berita

Majlis Berkhatan Perdana Mulakan Cuti Persekolahan

PUTRAJAYA – Permulaan cuti persekolahan disambut dengan acara tahunan bagi warga Parlimen Putrajaya apabila Majlis Khatan Perdana dilaksanakan.

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan pada 22 Nov 2015, Ahad telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki bersama AJK UMNO Bahagian Putarajaya dan juga warga tempatan yang sentiasa memberikan sokongan.

IMG-20151122-WA0008

IMG-20151122-WA0005

IMG-20151122-WA0004

IMG-20151122-WA0001