Berita

Jadikan Bersukan Budaya Dalam Kehidupan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen tempatan berharap agar setiap individu dapat mengaplikasikan sukan dalam kehidupan seharian sebagaimana sambutan Hari Sukan Negara hari ini, 10 Okt 2015.

“Saya berharap aktiviti bersukan dapat dijalankan secara berterusan kerana ia bukan saja untuk kesihatan tubuh tapi juga dapat mencerdaskan minda selain mengeratkan hubungan sesama kita,” katanya.

Beliau yang menyertai Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam pelancaran program Jalan Ria 1Murid 1Sukan di Dataran Putrajaya melahirkan rasa gembira dengan menganggap acara bersukan sewajarnya menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat.

Turut serta dalam program tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

IMG-20151010-WA0012

IMG-20151010-WA0009

IMG-20151010-WA0005

IMG-20151010-WA0002

IMG-20151010-WA0008

IMG-20151010-WA0001