Berita

Pemimpin Dan Rakyat Bersama Jayakan Ibadah Korban

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri beliau Datin Seri Anggeraini Sentiyaki turun padang untuk bersama-sama warga tempatan dalam majlis sambutan Hari Raya Aidiladha di Depoh Perbadanan Putrajaya di sini hari ini, 24 Sept 2015.

Sebanyak 55 ekor lembu dikorbankan pada majlis anjuran UMNO Parlimen Putrajaya dan daging diagihkan di surau serta komuniti sekitar pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Beliau melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada warga Putrajaya serta orang ramai yang telah bersama-sama jayakan ibadah korban tersebut.

“Semangat kerjasama dan kekeluargaan mudahkan kerja-kerja yang ada,” katanya.

Dua ekor lembu lagi telah disembelih untuk kenduri rakyat yang sepenuhnya dilaksanakan atas semangat gotong-royong.

IMG-20150924-WA0011

IMG-20150924-WA0009

IMG-20150924-WA0008

IMG-20150924-WA0007

IMG-20150924-WA0003

IMG-20150924-WA0004