Rencana

Walimatul Urus Sekitar Putrajaya

PUTRAJAYA – Cuti hujung minggu telah dimanfaatkan sebagai ruang untuk mengadakan majlis kenduri meraikan perkahwinan sebagaimana majlis perkahwinan anak perempuan En. Adnan Abdul Shukor dan Puan Juriah Zakaria di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya pada Sabtu, 29 Ogos 2015. Turut hadir di majlis ini ialah pemimpin tempatan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Menteri Wilayah Persekutuan.

Turut mengadakan majlis perkahwinan pada tarikh tersebut ialah En. Jamalluddin Talib dan Puan Zanariah Abd Majid yang meraikan majlis perkahwinan anak perempuannya di Presint 9, Putrajaya.

Berlangsung juga ialah majlis perkahwinan anak lelaki Tuan Hj Ali Ahmad dan Hajjah Noraini Mohamad di Presint 11 Putrajaya.

Semoga dengan termetrainya ikatan perkahwinan maka pasangan mempelai akan berbahagia hingga ke akhir hayat.

11884953_893008040734479_4205543592326252798_o

11893869_892996644068952_4868356608725690684_o

11896260_892996690735614_6248559619419676413_n

11903823_892996564068960_2252732433190969625_n

11942322_893008220734461_1977039389523836123_o