Berita

Biro Kebajikan UMNO Putrajaya Pastikan Yang Rakyat Dapat Pembelaan

PUTRAJAYA – Pepatah Melayu ‘berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’ tentunya amat sinonim dengan mereka yang ditimpa musibah dan kesusahan namun bagi warga Putrajaya, kesakitan dan kesedihan yang ada turut dikongsi bersama dengan pemimpin tempatan melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya.

Biro tersebut yang bergerak melalui ahli-ahli jawatankuasanya sentiasa efektif dalam mengumpulkan maklumat menerusi laporan dan soal selidik agar keselesaan serta kesajahteraan warga tempatan menjadi keutamaan.

Terbaru, gerakan turun padang telah dibuat dengan menziarahi keluarga Allahyarham En. Ismail Shahibi yang meninggal dunia akibat kemalangan dan urusan jenazahnya disempurnakan di Surau Al-Istiqlal pada 30 Ogos 2015, Ahad sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20.

Turut diziarahi ialah keluarga Allahyarhamah Puan Katizah Dollah yang turut kembali ke rahmatullah pada 30 Ogos 2015, Ahad ekoran penyakit kanser. Semoga Allah SWT menempatkan roh allahyarham Ismail Shahibi dan allahyarhamah Katizah Dollah bersama-sama orang-orang yang beriman di sisi-Nya.

Sebelum itu, Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya telah berkunjung kerumah-rumah sekitar Putrajaya dengan menziarahi mereka yang uzur sebagaimana adik Shahrom Sazwan di Presint 18, Nurshafiqah Damia Mohd Sharil dan juga keluarga Ramizan Zainuddin ekoran kematian arwah ibunya baru-baru ini.

Tidak setakat itu sahaja, AJK Biro terbabit turut mengadakan lawatan ke Hospital Putrajaya untuk menziarahi AJK Bhagian yang juga Ketua Cawangan Bunga Bakawali Sdr Nazeri Mahzan yang mendapat rawatan ekoran demam denggi. Turut diziarahi ialah adik Nur Zahra Hani yang juga mengalami demam denggi, adik Mohammad Shahrul Azeem Badrul Hanisah mendapat rawatan kerana mengalami masalah demam dan cirit birit dan En. Zaidi Abdul Kadir pula baru selesai menjalani pembedahan tangan.

Semoga warga Putrajaya terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berterusan agar kelangsungan pembangunan dapat diteruskan dengan rakyat yang sihat sentiasa.

11013065_892933430741940_180353949715696588_o

11113549_893021660733117_3989413707917542223_o

11924363_893021757399774_3645171319622663183_o

11926482_892933334075283_5369919554183590093_o

11951298_893487160686567_3828516698915698521_n

11951577_892933360741947_5256818541563977257_o

11953378_893021584066458_5555137005579470964_o

11986472_893493024019314_3239314839862067691_n