Berita

Raikan Kemeriahan Aidilfitri Bersama Pemimpin

PUTRAJAYA – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri berterusan dengan pemimpin tempatan turun padang untuk bersama-sama rakyat termasuklah anggota keselamatan sebagaimana kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam Majlis Rumah Terbuka Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2015 di Ibu Pejabat Bomba Putrajaya.

Penduduk tempatan dan anggota keselamatan berkesempatan beramah mesra dengan beliau serta isteri, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

Sebelum itu, Datuk Seri Tengku Adnan telah meraikan lebih 20,000 warga kota dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran DBKL, Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, beliau menyeru orang ramai agar bersatu dalam menaikkan nama Wilayah Persekutuan selain berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dalam melaksanakan hasrat itu.

Beliau meminta orang ramai untuk menganggap dirinya sebagai seorang Ketua Kampung dalam membantu menyelesaikan masalah penduduk tempatan.

“Jangan anggap saya sebagai menteri tetapi anggaplah saya sebagai ketua kampung tuan-tuan semua, kalau ada masalah datang dan maklumkan kepada ketua kampung.

“Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan warga wilayah mendapat keselesaan semaksimum mungkin,” katanya.

11231315_881888301846453_8932622942862122379_n

11779953_881888275179789_8558584627620872170_o

11816254_881888388513111_3729282348930557952_o

11822980_881888368513113_3035688707318765901_o

IMG-20150804-WA0113

IMG-20150804-WA0114