Berita

Putrajaya Terima Anugerah Malaysia Book Of Records Sempena Hari Guru

PUTRAJAYA – Kad ucapan Hari Guru ciptaan pelajar dari dua buah sekolah di sini mencatat sejarah apabila menerima anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai kad ucapan hari guru terpanjang.

Dihasilkan oleh 2,000 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8 (1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya (SMK) Presint 8 (1), kad sepanjang 1,386 meter itu ditulis di atas 4,000 kad berukuran A3. (297 milimeter tinggi dan 420 milimeter lebar).

Sambil diperhatikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pelajar berkenaan kemudian berbaris sambil memegang dua keeping kad ciptaan mereka di padang kompleks sekolah itu untuk diukur oleh pihak MBOR bagi pengesahan.
“Saya ucapkan tahniah kepada Biro Pendidikan UMNO Putrjaya dgn kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrjaya, sekolah Menengah dan sekolah Rendah di Presint 8(1) Putrajaya serta semua pihak yang telah terlibat dalam penganjuran barisan tersebut. Terima kasih juga kepada pihak yang telah banyak bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan terpahat dalam Malaysia Book Of Record,” katanya.

Pengasas MBOR Tan Sri Danny Oii kemudian menyerahkan anugerah itu kepada Tengku Adnan sebelum disampaikan kepada Pengetua SMK Putrajaya Presint 8 (1) Zawi Yahaya.

Hadir sama Guru Besar SK Putrajaya Presint 8 (1) Naemah Ismail.

Rekod kad ucapan Hari Guru terpanjang sebelum ini dipegang oleh SMK Tamparuli, Sabah dengan 762 meter panjang membabitkan penyertaan 1,300 pelajar.

IMG-20150519-WA0009

IMG-20150519-WA0012

IMG-20150519-WA0017

IMG-20150519-WA0019

IMG-20150519-WA0022

IMG-20150519-WA0024

IMG-20150519-WA0032

IMG-20150519-WA0033

IMG-20150519-WA0035

IMG-20150519-WA0037

IMG-20150519-WA0039