Berita

UMNO Putrajaya Turut Berkempen Pastikan Kemenangan BN!

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) berdepan dengan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu di Parlimen Rompin yang bakal berlangsung pada 5 Mei sementara Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei depan.

Bagi UMNO Bahagian Putrajaya, yang turut serta dalam berkempen bersama-sama UMNO Wilayah Persekutuan yang menjadi negeri angkat di PRK Permatang Pauh tentunya kemenangan BN menjadi impian.

UMNO Bahagian Putrajaya telah menghantar jentera membabitkan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dalam gerak kerja menawan Parlimen terbabit.

PRK Parlimen Permatang Pauh, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PKR, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas.

Ia melibatkan pertandingan antara Dr Wan Azizah dengan calon BN Suhaimi Sabudin, Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman daripada PRM.

Sementara bagi Parlimen Rompin, Calon BN ialah Datuk Hasan Ariffin yang bakal mempertahankan kawasan terbabit sebagai kerusi BN, dengan pencabarnya ialah calon Pas ialah Nazri Ahmad.

Semoga BN memperoleh kemenangan dalam PRK terbabit.

11127869_837896402912310_953325260973374389_n

11143105_837896462912304_2122087206779863478_n

11159472_838225559546061_7648972676641307527_n

11174919_837896282912322_2003285833812477205_n

11175020_838225662879384_5986089097493732415_n