Berita

Jangan Terpengaruh Andaian Negatif Terhadap Kerajaan

PUTRAJAYA – Masyarakat diingatkan tidak terpengaruh dengan kenyataan negatif pihak tertentu terhadap kerajaan khususnya terkini berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sehingga cukai baharu itu dilaksanakan Rabu depan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tanggapan bahawa pelaksanaan CBP akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) bakal hilang tampuk pemerintahan juga merupakan mainan ‘halus’ yang sama sekali tidak mempengaruhi kerajaan dalam membuat keputusan berhubung pelaksanaan cukai itu.

Beliau berkata keputusan untuk melaksanakan CBP adalah bermatlamat menyelaras cara atau kaedah kutipan cukai bagi membolehkan pendapatan negara
menjadi lebih kondusif.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berharap kerjasama erat antara PIBG dan pihak sekolah dapat terus dipertingkat bagi memastikan kecemerlangan yang dicatatkan pelajar dan sekolah dapat terus dikekalkan.

Pada majlis itu, Tengku Adnan turut menyampaikan sumbangan Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) kepada PIBG sekolah itu kerana muncul sebagai sekolah terbaik seluruh Putrajaya dua tahun berturut-turut bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Pihak berkenaan, khususnya pakatan pembangkang sengaja mainkan isu CBP ini hanya untuk memainkan perasaan rakyat dan di pihak kerajaan kami sedia memperbetulkan apa yang kurang dalam pelaksanaannya tetapi tunggulah sehingga ia dikuatkuasakan 1 April ini,” katanya semasa menutup mesyuarat agung Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1) di sini hari ini.

Pelaksanaan CBP pada kadar enam peratus adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.
Tengku Adnan berkata bagi memastikan rakyat tidak diambil kesempatan, kerajaan telah dan akan mengambil pelbagai pendekatan bagi membela dan melindungi pengguna.

Antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan bilik gerakan untuk memantau pelaksanaan dan aduan pengguna serta mengambil tindakan sewajarnya seiring dengan penguatkuasaan CBP, katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berharap kerjasama erat antara PIBG dan pihak sekolah dapat terus dipertingkat bagi memastikan kecemerlangan yang dicatatkan pelajar dan sekolah dapat terus dikekalkan.

Pada majlis itu, Tengku Adnan turut menyampaikan sumbangan Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) kepada PIBG sekolah itu kerana muncul sebagai sekolah terbaik seluruh Putrajaya dua tahun berturut-turut bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

21148_825189360849681_2271246904193044685_n

21161_825189557516328_2773315174363906479_n

11064664_825189507516333_5714888661862527838_n