Berita

UMNO Putrajaya Serius Lahirkan Atlet Dari Peringkat Sekolah

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kerajaan yang diterajui oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya serius dalam membantu rakyat dari pelbagai aspek termasuk membangunkan agenda sukan negara.

Katanya, ini adalah bertepatan dengan konsep ‘Janji Ditepati’ yang menjadi amalan kerajaan sedia ada dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan rakyat termasuklah bidang sukan.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Program Sekolah Angkat (Sukan) Biro Sukan UMNO Bahagian Putrajaya bagi tahun 2013 hingga 2016 pada 24 Mac 2015, Selasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presit 14(1).

“Penganjuran bagi program ini telah diusahakan oleh UMNO Bahagian Putrajaya dan disokong penuh oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan serta Sekolah Menengah Kebangsaan sekitar Putrajaya dengan bertujuan untuk mencungkil bakat sukan dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Parlimen Putrajaya.

“Antara objektif utama program ini ialah melahirkan atlet dari kalangan pelajar yang berketrampilan dan berdedikasi serta dapat memberikan saingan diperingkat negeri atau kebangsaan.”

Ujarnya, melalui program ini diharapkan akan dapat melahirkan atlet Putrajaya yang dapat memberi saingan mewakili Wilayah Persekutuan diperingkat SUKMA dan acara-acara lain yang lebih berprestij diperingkat nasional dan antarabangsa.

Menerusi program tersebut, 11 buah sekolah dari seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 10 buah sekolah menengah harian dan sebuah sekolah berasrama penuh akan dipilih dan
akan dibahagikan menurut disiplin sukan yang telah ditetapkan iaitu bola jaring, bola sepak, badminton, ping pong, bola keranjang, bola tampar, bina badan, hoki, sepak takraw, bola baling dan rugbi.

Selain itu, bantuan berbentuk peralatan sukan, air mineral, modul dan klinik sukan yang akan diselaraskan oleh pihak Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) akan diberikan kepada setiap sekolah yang terlibat. Keseluruhan peruntukan bagi program Sekolah Angkat (Sukan) ini dianggarkan kira-kira RM220,000.00.

IMG-20150324-WA0025

IMG-20150324-WA0026

IMG-20150324-WA0027

IMG-20150324-WA0028

IMG-20150324-WA0029

IMG-20150324-WA0030

IMG-20150324-WA0031