Berita

Bersama Meriahkan Majlis Perkahwinan

PUTRAJAYA – Kesibukan dalam menjawat tugas sebagai Menteri Wilayah Persekutuan tidak menghalang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan anak warga Putrajaya iaitu Tuan Haji Rofli yang menyambut menantu. Beliau yang juga Ahli Parlimen tempatan menyampaikan salam tahniah kepada keluarga pasangan mempelai atas majlis yang meriah yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya pada 14 Disember 2014.

Dalam kesempatan tersebut beliau turut beramah mesra dan bertemu dengan para tetamu yang turut hadir.

Semoga dengan ikatan yang terjalin, pasangan mempelai iaitu Hafiz Azlan dan Nadia Rofli akan dikurniakan kebahagiaan dan berkekalan hingga ke akahir hayat.