BeritaUcapan

Raikan Bersama, Selamat Hari Deepavali

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak semua anggota masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Deepavali dalam suasana harmoni sebagaimana komuniti Malaysia yang penuh dengan masyarakat majmuk.

Katanya, perkongsian sambutan perayaan bukanlah baru kerana masyarakat Malaysia telah terkenal dalam budaya yang sentiasa akrab dengan meraikan apa-apa perayaan bersama sebagaimana saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.

“Inilah uniknya sambutan perayaan di Malaysia sehinggakan bangsa lain amat memahami dan turut bersama-sama meraikannya sebagaimana Deepavali juga.”

Sehubungan itu, beliau mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada semua masyarakat India dan berharap agar kesejahteraan negara ini akan terus dapat dikongsi bersama untuk masa hadapan.

Beliau juga turut berpesan kepada mana-mana warga tempatan yang mahu meninggalkan kediaman masing-masing untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman agar memastikan keselamatan menjadi keutamaan terutamanya kenderaan yang bakal dinaiki dan meninggalkan rumah dalam keadaan yang berkunci.

Selamat Menyambut Deepavali!