Berita

Jadikan UMNO Putrajaya Penggerak Kelestarian Bangsa

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak semua ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya untuk terus menjadi penggerak bagi memastikan ahli-ahlinya sentiasa mempunyai aspirasi yang teguh dan kukuh dalam perjuangan mendukung cita-cita kebangsaan Melayu.

Katanya, UMNO Putrajaya sewajarnya menjadi perintis dan contoh kepada bahagian-bahagian lain dalam usaha berterusan untuk mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara serta melestarikan anggotanya dan masyarakat keseluruhannya.

Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya yang diadakan pada 17 Okt 2014, Jumaat.

Dalam masa yang sama, turut dibincangkan pelbagai program dan gerak kerja berterusan di bahagian terbabit selain persediaan untuk bahagian Putrajaya bersama-sama dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung penghujung November hadapan.

1184762_747160065319278_495297817964834355_n

10731093_747160168652601_121428163278145421_n

1920218_747160191985932_8535641264329214896_n (1)

1395862_747160211985930_6133176249488928387_n