Berita

Cawangan Bunga Ratna Semarakkan Perjuangan UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan kesinambungan perjuangan parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan Negara dengan menambah bilangan cawangan melalui penubuhan cawangan baru iaitu Bunga Ratna.

UMNO Cawangan Bunga Ratna ini diketuai oleh Puan Noralina Ahmad dengan mesyuarat penubuhannya telah berlangsung lancar di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya pada 16 Okt 2014, Khamis. Pelancaran penubuhan cawangan ini telah dilakukan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya iaitu Datuk Nordin Hassan yang turut menyampaikan salam tahniah dari semua AJK Bahagian kepada anggota cawangan terbabit.

Semoga dengan penubuhan cawangan Bunga Ratna ini, perjuangan UMNO di Bahagian Putrajaya akan terus bersemarak dalam merintis sejarah perjuangan untuk generasi akan datang. UMNO tetap relevan, dulu, kini dan selamanya.

1506849_746821078686510_6768245296983666709_n

10671232_746820918686526_2875413418691600268_n