Rencana

Selamat Pengantin Baru

PUTRAJAYA – Majlis perkahwinan anak perempuan Pn Fouziah yang juga pengundi di Cawangan Bunga Matahari telah berlangsung di rumahnya, di Presint 9 pada 27 Sept. 2014, Sabtu. Turut hadir bersama-sama memeriahkan majlis tersebut ialah YB Senator Datuk Khairudin Samad bersama isterinya serta SUK UMNO Putrajaya, Tuan Haji Baharudin Yusuf dan Isteri yang mewakili Ahli Parlimen tempatan, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Tahniah kepada pasangan pengantin baharu dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.