Berita

MPPWP Pastikan Kelestarian Dalam Masyarakat

PUTRAJAYA – Selarat dengan matlamat untuk mewujudkan pentadbiran yang menjadi entiti dalam masyarakat setempat, satu perjumpaan membabitkan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP) bagi Zon Presint 14 telah dibuat. Perjumpaan ini membabitkan pengerusi-pengerusi badan bukan kerajaan (NGO), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), dan ketua-ketua Komuniti di Presint 14 serta Pengerusi-pengerusi MPPWP di Zon-zon di Presint 8 9, 11 dan 16.

Majlis yang disempurnakan oleh YBhg Datuk Hj Nordin Hassan iaitu Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya ini adalah menyelaras dan menggerakkan pelaksanaan program-program kemasyarakatan dan modal insan di samping bersama-sama menangani isu-isu perbandaran di kawasan Putrajaya. Majlis tersebut berlangsung dalam suasana kekeluargaan di Kelab Tasik Putrajaya pada 28 Sept 2014, Ahad.

10608193_738201492881802_3296031927718564777_o

10662196_738201346215150_180010706358619494_o