Berita

Pastikan UMNO Terus Di Hati Rakyat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak ahli-ahli UMNO untuk terus memastikan usaha berterusan dalam gerak kerja mendekati hati rakyat khususnya dalam hari-hari penting sebagaimana majlis perkahwinan, meraikan ulang tahun atau acara lain bersama-sama masyarakat.

Katanya, setiap individu memainkan penan penting dan mempunyai tanggungjawab sama ada sebagai ahli UMNO, selaku pengundi atau sebagai warga Putrajaya.

“Marilah kita teruskan usaha bagi memastikan kesatuan sebagai keluarga besar dan mengekalkan muafakat serta perpaduan di Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian hadiah hari lahir pengundi-pengundi di Fasa 1 hingga Fasa 6 di Presint 9 Putrajaya.

Beliau telah menyempurnakan majlis perasmiannya serta menyampaikan sumbangan hadiah hari lahir kepada seramai lebih 500 pengundi yang diraikan.

Turut hadir bersama-sama meraikan tetamu ialah isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

Semoga dengan kelancaran majlis yang berlangsung dengan jayanya akan mengeratkan silaturrahim dan hubungan antara pemimpin dan rakyat terjalin erat.